Elfira Loy Selalu Kongsi Benda Baik Di Media Sosial Buatkan Sweet Qismina Buka Hati Pergi Kelas Agama

24 Jul 2024 • 7:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Elfira Loy Selalu Kongsi Benda Baik Di Media Sosial Buatkan Sweet Qismina Buka Hati Pergi Kelas Agama

Media sosial, walaupun sering kali ‘dikritik’ sebagai sumber negativiti dan kontroversi, sebenarnya mempunyai potensi besar untuk membawa pengaruh positif kepada individu.

Itulah yang terjadi kepada selebriti perempuan yang kecil molek dan cantik, Sweet Qismina.

Menerusi Instastory, Sweet Qismina berkongsi bahawa dirinya terbuka hati untuk mengikuti kelas agama kerana sering melihat hantaran positif daripada rakan selebriti, Elfira Loy.

image is not available
Kredit: Elfira Loy

“Alhamdulillah. Terima kasih, Kak El selalu kongsi yang baik-baik dalam media sosial hingga terbuka hati Sweet nak cuba pergi kelas.

“Selalu nak pergi, tapi masa tak sesuai dengan kerja. Tapi betul la, kalau benda baik tak akan tak boleh susun masa kan? Nak pergi lagi kelas seterusnya!,” tulis Sweet.

Menariknya, kelas agama tersebut turut dihadiri oleh beberapa rakan selebriti lain, termasuklah pasangan selebriti, Johan dan Ozylnn.

image is not available
Kredit: Sweet Qismina

image is not available
Kredit: Ozlynn

Betullah orang cakap, dikurniakan kenalan dan rakan yang baik juga satu daripada anugerah yang Allah SWT hadiahkan kepada kita.

Semoga mereka terus istiqamah dan terus menjadi pengaruh terbaik buat ‘mata-mata’ yang melihat.

Anak dara menumbuk pandan,

Membuat kuih hidangan kenduri;

Ilmu yang baik jadikan teladan,

Segala yang buruk letak ke tepi.