Perkongsian Elfira Loy Buka Hati Sweet Qismina Untuk Pergi Kelas Agama

Entertainment
24 Jul 2024 • 10:56 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Siapa sangka disebabkan perkongsian, kita boleh buka hati orang lain untuk berbuat kebaikan? Itulah yang terjadi kepada pelakon, Sweet Qismina selepas melihat hantaran dari rakan artisnya, Elfira Loy.

Menerusi hantaran Instastory, Sweet memberitahu dia terbuka hati untuk pergi ke kelas tadabbur disebabkan perkongsian dari Elfira.

Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah pelakon itu dilihat manis bertudung dan difahamkan kelas tersebut dihadiri oleh ramai lagi rakan artis yang lain.

Alhamdulillah, terima kasih Kak El selalu kongsi yang baik-baik dekat media sosial sampai terbuka hati saya nak cuba pergi kelas.

Selalu nak pergi tapi jadual mesti tak okey sebab kerja.

Tapi betul la, kalau benda baik tak akan tak boleh susun masa kan? Nak pergi lagi kelas yang berikutnya.

image is not available

Wah, besar pahala Elfira sebab dapat buka hati ramai rakan artis untuk pergi ke kelas agama. Alhamdulillah, harapnya makin ramai akan kongsikan perkara baik di media sosial lah ye.

image is not available

Jap!