Elisya Sandha Selamat Lahirkan Anak Kedua, Beri Nama ‘Bahtera Elhaq’

17 May 2025 • 9:57 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Elisya Sandha telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya, seorang bayi lelaki yang diberi nama Bahtera Elhaq.
 
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Elisya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
 

"Indeed Allah is the best planner   Syukur Alhamdulillah, MashaAllah TabarakAllah. Assalamualaikum Son 


 


"Bahtera Elhaq Bin Uzair Haqimy," tulisnya. 


 


Menerusi perkongsian tersebut, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Mohd. Faizal, 26, turut sempat berkongsi foto pertama bersama bayinya di wad bersalin.


 


Perkongsian tersebut menerima ribuan ucapan tahniah dan doa daripada para pengikut dan rakan artis yang turut menzahirkan rasa syukur dan teruja atas kehadiran insan baharu dalam keluarga kecil Elysha dan suaminya, Uzair Haqimy.


 


Sekadar info, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017 dan dikurniakan seorang puteri, Bunga yang kini berusia hampir tiga tahun


 


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved