Elisya Sandha umum hamil anak kedua – “Bunga nak jadi kakak dah..”

LocalEntertainment
18 Dec 2024 • 9:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Elisya Sandha umum hamil anak kedua selepas memuat naik video memberi kejutan kepada suaminya, Uzair Haqimy and ahli keluarga yang lain.

Menerusi video dimuat naik aktres berusia 25 tahun, kelihatan Uzair mengalirkan air mata sebaik sahaja melihat keputusan ujian kehamilan dan kemudiannya berpelukan bersama anak pertama dan isteri.

image is not available

image is not available

Malah, turut memaparkan reaksi daripada ahli keluarga lain termasuk mentua yang juga pelakon Sheila Rusly.

Elisya Sandha umum hamil anak kedua

Seronok menerima berita gembira tersebut, Sheila terkejut dan menangis sambil memeluk menantunya itu.

Di ruangan kapsyen, Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Hassan meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki zuriat buat keluarga kecilnya.

“Syukur untuk rezeki yang terbesar dalam hidup. Terima kasih atas doa kalian.
“Bunga Elhaq nak jadi kakak dah,”tulisnya ringkas di Instagram, hari ini.

image is not available

Untuk rekod, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata pertama Bunga yang kini berusia 2 tahun.

Sumber: TikTok jue497,