Ellie Suriaty Setuju Jumpa Imran Bard - “Sesi Ini Akan Jadi Penentu Sama Ada Saya Teruskan Saman Atau Sebaliknya”

3 Mar 2025 • 4:07 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Ellie Suriaty memaklumkan sudah bersetuju dengan permintaan pempengaruh media sosial, Imran Bard yang ingin bertemu dengannya.


Setuju bertemu Imran

 


Bagaimanapun kata Ellie, dia akan mengaturkan satu pertemuan dengan Imran selepas pempengaruh itu pulang ke Kuala Lumpur.

 
“Saya ingin memaklumkan bahawa pihak saya telah memberikan maklum balas kepada Imran Bard beberapa hari sebelum kita menyambut bulan Ramadan.
 
“Saya bersetuju dengan permintaannya untuk berjumpa. Namun menurutnya dia kini masih berada di kampung halamannya, saya memahami. 

 


“Maka itu Insya-Allah perjumpaan akan diadakan sekembali dia ke Kuala Lumpur kelak,” maklumnya menerusi satu kenyataan di ruangan Insta Story miliknya pada Isnin.


Penentu sama ada mahu saman atau tak

 


Dalam pada itu, Ellie menegaskan pertemuan tersebut akan menjadi penentu sama ada dia mahu meneruskan saman atau sebaliknya.


 

“Ingin saya tegaskan bahawa sesi pertemuan ini akan menjadi penentu, sama ada saya akan meneruskan proses saman atau sebaliknya.
 
“Bergantung kepada keikhlasan dan ketulusan permohonan maaf darinya kepada saya. Saya berharap agar Allah SWT mempermudahkan segalanya.

 


“Terima kasih di atas segala sokongan, keprihatinan serta doa daripada kalian semua,” tegas.

Terdahulu, nama Imran hangat diperkatakan di media sosial selepas dikatakan membuat konten sensitif berkaitan pelakon, Ellie Suriaty.
 
Susulan itu, Ellie menuntut agar ibu bapa Imran Bard memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu.
 
Akan tetapi, tuntutan tersebut tidak dipenuhi oleh Imran sebaliknya dia memuat naik satu konten memohon maaf dalam cara sarkastik yang mendapat kecaman ramai.
 
Bagaimanapun baru-baru ini Imran menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan pelakon senior itu secara peribadi bagi menyampaikan permohonan maafnya secara bersemuka.