Elon Musk Disaman Kerana Menjana Imej Filem Blade Runner 2049 Dengan AI Di Acara We, Robot

TechnologyDigital
22 Oct 2024 • 12:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua minggu lepas di acara We, Robot, Tesla telah memperlihatkan dua kenderaan swapandu baharu mereka iaitu Cybercab dan Robovan. Di acar tersebut, Elon Musk ada menyebut mengenai masa hadapan seakan filem fiksyen Blade Runner dan turut menggunakan imej latar belakang mirip dari filem Blade Runner 2049 yang dijana menggunakan AI. Elon Musk baru-baru ini telah disaman oleh Alcon Entertainment atas menggunakan imej tersebut.

image is not available
Imej janaan AI di acara We, Robot

Alcon Entertainment menyaman bukan sahaja Elon Musk tetapi juga Warner Bros. Discovery. Ini kerana hak filem Blade Runner 2049 termasuk dengan imej-imej dari filem adalah milik Alcon. Elon dan Warner Bros. di saman selepas permohonan mereka menggunakan imej dari filem Blade Runner 2049 ditolak dan acara We, Robot menggunakan imej yang sama yang dijana semula dengan AI. Walaupun tayangan filem adalah oleh Warner, mereka hanya memegang lesen dan tidak dibenarkan menggunakan imej untuk acara penstriman besar-besaran.

image is not available
Imej sebenar dari filem Blade Runner 2049

Alcon Entertainment turut menegaskan yang mereka tidak mahu produk dan karya Blade Runner 2049 berkait dengan Elon Musk serta Tesla kerana mendakwa jenama tersebut kerap dipolitikkan dan kadangkala menjurus kepada ucapan kebencian. Imej yang dikatakan ini adalah visual pandangan belakang Officer K lakonan Ryan Gosling bersama dengan kereta futuristik di latar belakang masa hadapan fiksyen. Alcon Entertainment tidak mendedahkan berapakah jumlah tuntutan kerosakan yang mereka minta dari Elon Musk dan Warner Bros. Discovery.