Elon Musk awal tahun ini telah menjadi manusia pertama mencapai nilai kekayaan $500 bilion, dan pada penghujung Disember 2025 pula ia meningkat ke $700 bilion. Hari ini Musk memecahkan rekod peribadi dengan nilau kekayaan mencecah $852.5 bilion (~RM 3.35 trilion) yang menjadikan beliau manusia pertama mencapai kekayaan melebihi $800 bilion
Ketika artikel ditulis kekayaan peribadi beliau adalah lebih tinggi berbanding kekayaan gabungan Larry Page ($277.9 bilion), Sergey Brin ($252.5 bilion) dan Jeff Bezos ($244.3 bilion) yang merupakan individu kedua, ketiga dan keempat terkaya dunia.

Peningkatan nilai kekayaan yang terbaru ini ialah selepas beliau menggabungkan xAI dengan SpaceX semalam sebagai langkah untuk meningkatkan nilai saham kedua-dua syarikat. SpaceX kini juga adalah sebuah syarikat kecerdasan buatan (AI) yang mempunyai perancangan membina pusat data AI di angkasa lepas.
Musk semakin hampir menjadi trilionwan pertama dalam sejarah dengan pakej ganjaran bernilai ratusan bilion akan diterima jika beliau berjaya mencapai penghantaran 20 juta EV, mengeluarkan 1 juta teksi swapandu Cybercab bagi tujuan komersial, mengeluarkan 1 juta robot Optimus juga untuk tujuan komersial dan meningkatkan keuntungan Tesla ke $400 bilion daripada $17 billion sekarang.


