Elon Musk Mungkin Mengenakan Caj Bayaran Untuk Pengguna X Baharu, Sebelum Boleh Lakukan Perkongsian

TechnologyDigital
16 Apr 2024 • 6:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam usaha mengatasi masalah bot berbentuk spam, kini Elon Musk berkongsi idea dimana perkhidmatan sosial X mungkin mengenakan caj bayaran untuk pengguna berdaftar baharu, sebelum membolehkan mereka melakukan sebarang perkongsian.

Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi kecerdasan buatan yang digunakan bot berbentuk spam untuk mengatasi halangan yang disediakan.

Mengikut idea awal, Elon Musk mengatakan perkara ini mungkin diterhadkan kepada pengguna akaun baharu – dan mereka boleh lakukan perkongsian tanpa sebarang bayaran selepas akaun mereka mencapai tempoh usia 3 bulan.

Buat masa ini, langkah ini sekadar dikongsikan secara bersahaja oleh Elon Musk, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diimplementasikan sepenuhnya.