Elon Musk perkenal kereta terbang Tesla

TechnologyCars
16 Oct 2026 • 5:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Elon Musk perkenal kereta terbang Tesla

HOUSTON, Texas –  Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk memperkenalkan kereta ‘terbang’ yang dilengkapi pendorong semasa siaran langsung di kemudahan syarikat roket SpaceX miliknya semalam.

Cabaran dari sudut kelayakan teknikal dan undang-undang  kawal selia menghalang sektor kereta terbang yang diperkatakan oleh  ramai orang daripada berkembang.

Musk  memperkenalkan kereta sukan Roadster baharunya semasa majlis pelancaran di kemudahan ujian SpaceX di Texas.

Semasa demonstrasi yang disiarkan secara langsung di akaun X Tesla itu diadakan, kereta berkenaan meluncur ke udara dari tanjakan curam dan mendarat dengan sempurna.

“Kereta terbang adalah benar,”  kata Musk semasa acara tersebut.

Menurutnya, kereta itu dilengkapi ‘tangki udara bertekanan sangat tinggi’ untuk meluncur di  ruang udara.

Bilionair teknologi itu menggambarkan perkembangan tersebut sebagai ‘apa yang berlaku apabila ada kerjasama antara syarikat kereta terbaik  dunia dan syarikat roket terbaik global’,  merujuk kepada Tesla serta SpaceX.

Kenderaan itu akan mula dikeluarkan pada tahun 2028, katanya.

Perintis sektor penerbangan Amerika Syarikat,  Glenn Curtiss membuat penampilan sulung prototaip kereta terbang pertama pada tahun 1917. – AFP 

 

The post Elon Musk perkenal kereta terbang Tesla appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved