Elon Musk Perkenalkan Logo Baru Untuk Twitter, Ucap Selamat Tinggal Logo Burung

Technology
24 Jul 2023 • 2:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pemilik Twitter, Elon Musk memaklumkan dia mahu membuang logo burung Twitter dan menggantikannya dengan ‘X’.

Musk sebelum ini sudah menukar nama perniagaan itu kepada X Corp dan memberitahu penggantian berkenaan sepatutnya sudah lama dilakukan.

Menurut laporan, pemilik Twitter itu mahu mencipta ‘aplikasi super’ yang dipanggil ‘X’ menyerupai dengan WeChat China.

Dan tidak lama lagi kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada jenama Twitter dan secara beransur-ansur, semua burung.

Jika logo X cukup bagus untuk disiarkan, kami akan menyiarkannya secara langsung di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Musk menyiarkan imej X yang berkelip-kelip di Twitter dan kemudian dalam sembang audio Twitter Spaces menjawab ‘Ya’ apabila ditanyakan sama ada logo Twitter akan berubah, turut memaklumkan ia ‘sepatutnya sudah dilakukan lama dahulu’.

Sebelum ini, Musk pernah menyaman beberapa orang pekerjanya sehingga separuh dari tenaga kerjanya diberhentikan kerja.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.