Elon Musk Sedang Bangunkan Grokipedia – Alternatif Kepada Wikipedia

Digital
1 Oct 2025 • 1:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk kini berkongsi mengatakan sedang bangunkan alternatif kepada Wikipedia, dinamakan sebagai Grokipedia. Grokipedia ini dibangunkan dibawah xAI, iaitu firma kecerdasan buatan milik Elon Musk, yang turut mengoperasikan laman sosial X dan juga chatbot Grok.

image is not available

Elon Musk sekadar berkongsi mengatakan Grokipedia akan menawarkan penambah-baikkan kepada Wikipedia. Langkah ini juga diambil dalam usaha membolehkan model kecerdasan buatan lebih memahami persekitaran dan alam semesta.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah janaan artikel dan sebagainya, dan adakah ia akan dibangunkan terbuka dan memberikan ruangan untuk orang ramai dalam menyuntingnya. Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan Grokipedia ini.