Emas Pacak $4,500, Minit Fed & Pembelian Bon Semula AS Dipantau

Business & Finance
20 Aug 2026 • 9:40 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Emas Pacak $4,500, Minit Fed & Pembelian Bon Semula AS Dipantau

Harga emas meroket melebihi $4,500 sekali gus mencapai paras tertinggi sejak awal Jun.

Pada jam 9 pagi, XAU/USD mencecah paras $4,495 iaitu reda 0.61% sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.

Kenaikan itu berlaku ketika Dolar AS (USD) melemah selepas Jabatan Perbendaharaan AS mengambil langkah untuk meredakan tekanan dalam pasaran bon.

Perbendaharaan AS Tingkatkan Pembelian Balik Bon

Jabatan Perbendaharaan AS meningkatkan program pembelian balik sekuriti berjangka panjang bagi membantu mengawal kos pinjaman kerajaan yang berada pada paras tinggi.

Saiz maksimum operasi pembelian balik bagi sekuriti nominal berjangka panjang akan ditingkatkan sekurang-kurangnya dua kali ganda, daripada $2 bilion kepada $4 bilion bagi setiap operasi.

Langkah ini memberi sokongan kepada pasaran bon dan pada masa sama memberi tekanan kepada USD, sekali gus meningkatkan daya tarikan emas.

Kebimbangan Stagflasi Sokong Emas

TD Securities melihat langkah Perbendaharaan itu sebagai pemangkin positif kepada emas.

Sokongan kecairan daripada Perbendaharaan, kemungkinan Fed bertindak terhadap kejutan tenaga serta peningkatan kebimbangan terhadap stagflasi berpotensi mendorong kadar sebenar lebih rendah.

Keadaan ini biasanya memberi kelebihan kepada emas kerana logam berharga tersebut tidak menawarkan pulangan faedah.

Fed Masih Berdepan Tekanan Inflasi

Minit mesyuarat Fed pada Julai menunjukkan sebahagian pembuat dasar melihat kemungkinan kenaikan kadar sekiranya inflasi gagal terus menurun.

Fed sebelum ini mengekalkan kadar Dana Fed dalam julat 3.50% hingga 3.75%.

Namun, perhatian pasaran kini semakin tertumpu kepada risiko stagflasi dan kemungkinan kejutan tenaga yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan tekanan harga.

Dalam keadaan tersebut, emas berpotensi terus mendapat permintaan sebagai aset perlindungan, terutama jika USD kekal tertekan dan kadar sebenar bergerak lebih rendah.

INTRADAY.MY Forecast

Emas berpotensi mengekalkan momentum kenaikan selagi USD kekal lemah dan tekanan terhadap pasaran bon AS berterusan.

Kebimbangan terhadap stagflasi serta kejutan tenaga turut berpotensi meningkatkan permintaan terhadap emas sebagai aset perlindungan.

Namun, pergerakan harga dijangka kekal volatile kerana pasaran masih menilai hala tuju kadar faedah Fed dan perkembangan inflasi AS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved