Tak buang masa, wanita dirakam baca al-Quran dalam MRT – “Layak hantaran RM50k”

LocalEntertainment
14 Feb 2025 • 9:56 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial seorang wanita dirakam baca al-quran dengan khusyuk di dalam Mass Rapid Transit (MRT) sambil berdiri tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Menerusi satu hantaran di TikTok, memeylufiaz_ telah memuat naik satu video memaparkan wanita tersebut yang sedang berdiri berdekatan dengan pintu MRT sambil memegang senaskah al-Quran.

Wanita dirakam baca al-Quran dalam MRT terima pujian ramai

Walaupun dikelilingi orang-orang yang menggunakan telefon pintar, wanita yang menggenakan busana berwarna hijau itu tidak membuang masa menggunakan teknologi itu, namun lebih memilih mengisi masa lapang dengan membaca al-Quran.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji wanita tersebut atas akhlaknya serta sikap mengutamakan ibadah walaupun berada di tempat awam.

Cemburu dengan wanita seperti ini

image is not available

Cemburu dengan yang lancar baca al-Quran

image is not available

Wanita dirakam baca al-Quran, ini wanita mahal

image is not available

Dalam pada itu, terdapat juga warganet yang berkata wanita solehah sepertinya yang layak untuk menerima hantaran kahwin tinggi sehingga RM100,000.

RM100k pun sanggup bayar

image is not available

Baru layak RM50k

image is not available

Bagaimanapun, segelintir netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan individu yang mengambil video wanita tersebut tanpa kebenarannya dan memuat naik klip tersebut di media sosial.

Jangan record orang sesuka hati

image is not available

Mungkin dengan rakaman ni makin ramai yang lebih yakin membaca al-Quran di tempat awam….

Sumber: TikTok memeylufiaz_