Emma Maembong mengaku masuk kelab malam – “Tak perlu blur muka saya”

EntertainmentLifestyle
4 Feb 2026 • 1:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon terkenal, Emma Maembong tampil memberi penjelasan susulan spekulasi tular yang mengaitkan dirinya dengan dakwaan ‘Pelakon Wanita Popular Di Kelab Malam’.

Tak perlu kaburkan muka

image is not available

Menerusi satu video pendek Instagram Story, Emma menjelaskan kehadirannya di sebuah kelab malam di Sibu, Sarawak hanyalah untuk bertemu rakan baiknya, DJ Kidd, yang sedang bertugas sebagai DJ di lokasi berkenaan. Menurutnya, kehadiran tersebut dibuat atas kehendak sendiri tanpa sebarang paksaan.

Emma turut meluahkan rasa kurang senang apabila isu itu diperbesarkan sehingga wajahnya dikaburkan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

“Hi semua, Assalamualaikum. Saya kurang faham kenapa keadaan ini perlu dibesar-besarkan sampai wajah saya dikaburkan. Ia sebenarnya perkara yang sangat mudah difahami.
“Saya ke Sibu kerana penggambaran muzik video dan kebetulan DJ Kidd sedang ‘spin’ di situ. Saya sendiri masuk ke kelab tersebut tanpa memakai pelitup muka atau topi kerana memang berniat untuk melihat dia bekerja. Apabila ada yang merakam, saya juga melambai dengan mesra,” katanya.

Menurut pelakon filem Bisikan Jenazah itu, dia sedar kehadirannya dirakam oleh ramai individu, namun memilih untuk membiarkannya kerana tiada perkara yang ingin disembunyikan.

image is not available

“Saya tahu ramai yang merakam dan saya sendiri membenarkan perkara itu berlaku. Jadi tidak timbul isu saya cuba berahsia. Kalau situasinya berbeza dan wajah saya jelas terkejut, mungkin lain ceritanya.
“Pada saya, tidak perlu wajah saya dikaburkan atau mencetuskan teka-teki identiti pelakon tersebut kerana saya sendiri yang hadir ke tempat itu.
“Saya datang dalam keadaan gembira, dilayan dengan baik dan orang-orang Sibu sangat sporting serta tidak terlalu menghakimi,” tambahnya lagi.

image is not available

Artikel lain: Beri bayangan sudah berkahwin? DJ Kidd kongsi video peluk Emma Maembong

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan seorang wanita yang dipercayai pelakon popular berada di sebuah kelab malam, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial.

Sumber: Instagram emma_maembongofficial