“Tak perlu kaburkan muka, saya masuk dalam keadaan gembira” – Emma Maembong Mengaku Pegi Kelab Malam

EntertainmentLifestyle
4 Feb 2026 • 4:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, ada rakaman tular yang mendakwa bahawa seorang pelakon wanita mengunjungi ke sebuah kelab malam. Susulan itu, tuan empunya badan iaitu Emma Maembong tampil membuat pengakuan menerusi Instagram miliknya.

Pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail mengakui bahawa wanita dalam video berkenaan adalah dirinya dan menjelaskan bahawa dia ke sebuah kelab malam di Miri, Sarawak bagi menemani rakan yang bekerja sebagai DJ di situ.

Jelasnya, dia ke kelab malam tersebut dengan rela hati dan tiada niat untuk sembunyikan identitinya daripada orang ramai.

image is not available

“Saya tak faham kenapa orang ramai nak over-over keadaan sampai perlu kaburkan muka.”

“Mudah saja, saya pergi ke Sibu sebab penggambaran muzik video. Kebetulan DJ Kid ada di situ, saya pergi tengok.”

Tegas Emma lagi, dia bersikap terbuka dan sempat beramah mesra bersama peminat yang berada di kelab berkenaan.

image is not available

“Saya sendiri yang masuk kelab, saya tak pakai pelitup muka atau topi sebab saya memang nak tengok dia spin. Bila orang rakam saya yang lambai orang dengan mesra, saya tahu ramai yang rakam dan saya biarkan perkara itu berlaku.”

Katanya lagi, situasi itu bukan sesuatu yang patut disorok kerana dia berada di di situ dalam keadaan selesa dan gembira.

“Benda ini bukan sorok-sorok bawah meja. Lainlah kalau saya terkantoi dan tersebar. Tapi ini memang saya sendiri yang biarkan, tak perlu kaburkan muka dan tak perlu berteka-teki.”

“Saya yang masuk dalam keadaan gembira dan ramai yang menjaga saya. Orang Sibu dan Sarawak sangat sporting. Meeka jaga saya dengan baik.”

Sumber : mStar Online, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.