Empat ADUN DAP ke blok pembangkang, Adly Zahari kata tak sepatutnya berlaku

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 2:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Keputusan memindahkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka ke blok pembangkang ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hanya berbaki satu hari dilihat tidak wajar dilakukan pada masa tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, langkah berkenaan sepatutnya ditangguhkan sebagai tanda menghormati pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini meminta DAP Melaka menangguhkan keputusan untuk keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri.

“Perpindahan kerusi itu tidak sepatutnya berlaku bagi menghormati pandangan Perdana Menteri.
“Saya fikir perkara itu menimbulkan kekeliruan yang besar. Sepatutnya boleh ditangguh kerana sidang kita tinggal satu hari saja lagi,” katanya pada sidang media hari ini.
Image from: Empat ADUN DAP ke blok pembangkang, Adly Zahari kata tak sepatutnya berlaku

Foto: Sinar Harian

Semalam, DAP Melaka mengumumkan keputusan untuk keluar daripada kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta selepas DUN Melaka meluluskan pindaan Perlembagaan Negeri berkaitan pelantikan ADUN.

Susulan keputusan itu, empat ADUN DAP iaitu ADUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin; ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee; ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong; dan ADUN Banda Hilir, Leng Chau Yen dilihat mengambil tempat di blok pembangkang pada hari ketiga persidangan DUN Melaka.

Image from: Empat ADUN DAP ke blok pembangkang, Adly Zahari kata tak sepatutnya berlaku

Foto: Astro Awani

Bagaimanapun, kedudukan Adly masih kekal berada di blok kerajaan.

Mengulas dakwaan bahawa beliau tidak sehaluan dengan tindakan ADUN DAP terbabit, Adly menegaskan PH Melaka masih mempunyai pendirian yang sama dalam menolak pindaan Perlembagaan Negeri berhubung pelantikan ADUN.

“Perkara paling asas ialah penolakan kita terhadap pindaan Perlembagaan dan tidak timbul soal ketidaksepakatan.
“Mekanisme dalam Pakatan Harapan itu kita sepakat. Cuma bagaimana kita hendak bertindak, kebanyakan ADUN terbabit perlu meletakkan jawatan kerana mereka memegang jawatan Exco, Timbalan Exco dan Timbalan Speaker.
“Saya pula tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri, jadi perkara itu antara yang dibincangkan dan kita akan kemaskan mekanisme tersebut supaya tidak mengganggu urusan dengan rakyat,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved