Menang PRN Johor, Kumaran tunaikan janji pindah ke Bukit Batu

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 3:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Menang PRN Johor, Kumaran tunaikan janji pindah ke Bukit Batu
Kumaran yang mewakili BN memenangi kerusi DUN Bukit Batu dengan majoriti tipis 174 undi selepas memperoleh 16,899 undi dalam pertandingan lima penjuru.

KULAI - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, R Kumaran akan berpindah dan menetap di kawasan itu dalam masa terdekat bagi menunaikan janji yang dibuat ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 lalu.

Kumaran yang juga Bendahari MIC Johor berkata, keputusan itu dibuat bagi mendekatkan diri dengan penduduk serta memahami lebih dekat isu dan keperluan masyarakat setempat.

“Apa khabar Keluarga Bukit Batu? Dalam masa terdekat ini saya akan tunaikan janji saya untuk berpindah dan duduk di dalam kawasan Bukit Batu.

“Semoga kita semua diberkati dan sentiasa dipermudahkan segala urusan. Lepas saya duduk sini bolehlah kita lepak-lepak santai, ada port lepak best ke kat sini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada PRN ke-16, Kumaran yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi DUN Bukit Batu dengan majoriti tipis 174 undi selepas memperoleh 16,899 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Beliau menewaskan penyandang kerusi itu, Arthur Chiong Sen Sern daripada Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 16,725 undi.

Calon lain yang bertanding ialah G Tamili daripada Parti Bersama Malaysia (821 undi), M Premanand daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) (387 undi) dan calon Bebas, Datuk Kamaruzaman Ali (599 undi).

Sementara itu, hantaran berkenaan menerima pelbagai komen daripada penduduk yang mula menyuarakan isu setempat untuk diberi perhatian wakil rakyat terbabit.

Antara perkara dibangkitkan termasuk isu kesesakan dan kemalangan di kawasan kelapa sawit, penambahbaikan kemudahan riadah di Taman Putri serta beberapa isu infrastruktur lain.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved