Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan

7 Nov 2024 • 10:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Serangan berkenaan menyasarkan sebuah kereta sewaktu ia mendekati pos pemeriksaan. - Bernama

image is not available

DUBAI - Serangan Israel di bandar Sidon, Lubnan pada Khamis mengorbankan tiga orang awam warga tempatan, selain mencederakan tiga tentera negara Lubnan serta empat anggota pasukan UNIFIL dari Malaysia.

Reuters yang memetik kenyataan dari tentera Lubnan melaporkan, serangan berkenaan menyasarkan sebuah kereta sewaktu ia mendekati pos pemeriksaan, sekali gus membunuh tiga warga Lubnan yang berada di dalam kenderaan itu.

**media[2879221]**

Pada masa sama, empat anggota tentera Malbatt yang berkhidmat untuk UNIFIL itu turut terkena serpihan ledakan, menurut kenyataan tersebut.

Anggota tentera Lubnan yang cedera sedang menjalankan tugas kawalan di pos pemeriksaan itu, sementara anggota UNIFIL berkenaan sedang berada dalam kenderaan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan kebetulan sedang melalui pos pemeriksaan yang sama. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved