Terkini: Empat Anggota MALBATT Cedera Akibat Serangan Israel Di Lubnan

7 Nov 2024 • 10:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Empat anggota tentera pengaman Malaysia dari Batalion MALBATT 850-12 dilaporkan cedera dalam serangan tentera Israel di Sidon, Selatan Lubnan.

Menurut Menteri Pertahanan, kejadian tersebut berlaku sebaik sahaja MALBATT 850-12 tiba untuk menyambung misi pengaman.

Serangan bom Israel korbankan pasukan pengaman

image is not available

Kejadian itu melibatkan serangan bom ke atas kenderaan di kawasan tersebut, menyebabkan serpihan mengenai bas yang membawa anggota MALBATT.

Akibatnya, tiga rakyat Lubnan turut terkorban, manakala tiga anggota tentera Lubnan serta empat anggota MALBATT cedera dalam serangan tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) mengesahkan lima anggota pasukan pengaman mengalami kecederaan ringan dan telah dirawat di lokasi oleh pasukan perubatan Lubnan. Mereka kini akan meneruskan tugas seperti biasa.

Misi pengaman MALBATT di Lubnan semakin sukar

Kontinjen MALBATT 850-12 yang berjumlah 220 orang baru sahaja tiba di Lubnan sebagai ganti kepada kontinjen MALBATT 850-11, yang telah berkhidmat selama 12 bulan. Penghantaran kontinjen ini dilakukan melalui penerbangan Batik Air.

#OhmediaNasihat

Misi pengaman adalah satu tanggungjawab besar dan penuh risiko. Sama-samalah kita berdoa agar anggota MALBATT terus diberi kekuatan dan keselamatan dalam menjalankan tugas mulia ini.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: BERNAMA