
KUALA LUMPUR – Empat sekeluarga terdiri daripada seorang lelaki, isterinya dan dua anak mereka ditemukan meninggal dunia di sebuah kondominium di Desa ParkCity, Kepong, di sini, hari ini.
Kejadian itu disedari selepas polis menerima maklumat mengenai keadaan keluarga berkenaan sebelum anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul digerakkan ke lokasi.
Setibanya di kondominium tersebut, pasukan penyiasat kemudian memasuki unit kediaman berkenaan sebelum menemukan kesemua mangsa di beberapa lokasi dalam unit berkenaan serta kawasan kondominium.
Pasukan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dipanggil ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan mengumpul bahan bukti berkaitan kejadian.
Bagaimanapun, butiran identiti serta keadaan kesemua mangsa masih belum diperincikan pihak polis.
Punca kematian keempat-empat mangsa juga masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE
The post Empat beranak ditemukan tidak bernyawa dalam kondo appeared first on Kosmo Digital.



![[KEMAS KINI] Lelaki maut jatuh kondo, mayat isteri, 2 anak dalam bilik](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/PESARA-POLIS-MENINGGAL-DUNIA-1024x771.jpeg?v=1779157200)

