Empat ditahan guna maklumat palsu mohon sijil kelahiran

LocalPolitics
27 Feb 2026 • 2:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Empat individu ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah dalam operasi berasingan di pejabat JPN Lahad Datu pada Isnin.

JPN Sabah, dalam satu kenyataan, memaklumkan kesemua individu berkenaan ditahan susulan siasatan terhadap maklumat tidak benar yang dikemukakan dalam permohonan sijil kelahiran.

Operasi tersebut dijalankan di pejabat JPN Lahad Datu pada 23 Feb lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 419 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, serta Seksyen 33(1)(a) Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Sabah Cap 123) kerana didakwa membuat atau membenarkan kenyataan palsu bagi tujuan pendaftaran.

Jabatan menegaskan bahawa sebarang cubaan memberikan maklumat palsu merupakan satu kesalahan serius di sisi undang-undang.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya memberikan maklumat lengkap dan benar ketika berurusan dengan agensi kerajaan kerana tindakan tegas akan diambil selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.