Empat kanak-kanak jatuh longkang, 2 maut di lokasi

14 Sep 2026 • 9:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat kanak-kanak jatuh longkang, 2 maut di lokasi

KULIM – Empat kanak-kanak dilaporkan terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di sini hari ini dengan dua daripada mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua kanak-kanak yang meninggal dunia masing-masing berusia lingkungan 12 tahun, manakala dua lagi yang berusia lapan dan 11 tahun dikejarkan ke hospital.

Setakat ini, keadaan dua kanak-kanak yang dibawa ke hospital tersebut masih belum diketahui.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, pihaknya menerima makluman mengenai empat kanak-kanak yang terjatuh ke dalam longkang pada pukul 7.30 malam tadi.

“Anggota Balai Polis Sungai Karangan telah pergi ke lokasi kejadian dan mendapati dua mangsa lelaki telah dibawa ke hospital, manakala dua lagi meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, menerusi video tular, beberapa mangsa dilihat dibawa naik dari longkang dan kawasan kolam oleh beberapa individu dalam keadaan tidak sedarkan diri. – KOSMO! ONLINE

 

 

The post Empat kanak-kanak jatuh longkang, 2 maut di lokasi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved