Pelajar serang guru wanita, jumpa pisau kecil, kapak

21 Oct 2026 • 6:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar serang guru wanita, jumpa pisau kecil, kapak

KUCHING – Seorang guru wanita cedera selepas dipercayai diserang pelajar lelaki tingkatan empat di sebuah sekolah antarabangsa di sini.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan, pihaknya menemukan senjata iaitu pisau kecil jenis ‘penknife’ dan kapak kecil.

Menurut beliau, remaja tersebut ditahan pagi tadi sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Polis sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti keseluruhan punca kejadian dan mendapatkan bukti berkaitan,” katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati, keadaan di pekarangan sekolah tersebut tenang dengan beberapa pihak media berada di lokasi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957.

Terdahulu, tular video seorang pelajar bertindak menyerang seorang wanita dipercayai gurunya. — BERNAMA

The post Pelajar serang guru wanita, jumpa pisau kecil, kapak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved