Guru wanita cedera diserang pelajar

21 Oct 2026 • 7:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Guru wanita cedera diserang pelajar

KUCHING: Seorang guru wanita cedera selepas dipercayai diserang seorang pelajar lelaki tingkatan empat, di sebuah sekolah antarabangsa di sini.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan senjata yang ditemukan, ialah pisau kecil jenis penknife dan juga kapak kecil.

“Butiran lanjut berhubung kejadian itu akan disampaikan Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati, keadaan di pekarangan sekolah itu tenang dengan beberapa pihak media berada di lokasi.

Terdahulu, tular video seorang pelajar bertindak menyerang seorang individu wanita yang dipercayai gurunya.

Sementara itu, Saifullizan berkata pelajar tersebut ditahan pagi tadi sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957. 

“Polis sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti keseluruhan punca kejadian dan mendapatkan bukti berkaitan,” katanya.-BERNAMA

The post Guru wanita cedera diserang pelajar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved