
BATU PAHAT – Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ahli perniagaan angkara hutang, awal bulan ini.
Tertuduh, Yogeesvaran Subramaniam, 40, Lim Yong Ming, 26, Acuthan Nagarajan, 32, dan How Han Wei, 33, yang dibawa ke mahkamah pada pukul 8.05 pagi masing-masing mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno. Tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka dituduh membunuh Low Kai Xian, 38, di Taman Sri Skudai dan Sungai Tanjung Sembrong antara kira-kira pukul 2.35 petang 29 Julai hingga pukul 12.30 tengah hari, 3 Ogos mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau penjara 40 tahun jika tidak dihukum mati serta sebat 12 kali.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shahzleen Ibrahim tidak menawarkan sebarang ikat jamin. Mahkamah menetapkan 14 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.-KOSMO! ONLINE
The post Empat lelaki dituduh bunuh ahli perniagaan angkara hutang appeared first on Kosmo Digital.





