
TAWAU: Satu blok premis yang menempatkan empat lot kedai musnah terbakar di Kg Sungai Burung, di sini, pada jam 1.30 petang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, kedai jenis separuh kekal dengan luas keseluruhan 30 x 120 itu musnah 90 peratus dalam kejadian tersebut.
AdvertisementMenurutnya, blok tersebut menempatkan bengkel kimpalan, dua kedai runcit dan sebuah warung.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.34 petang menerusi MERS999 dan tiba di lokasi pada jarak 45 kilometer jam 2.38 petang.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Sepasukan 11 anggota dikerah ke lokasi bersama lima jentera bagi melakukan operasi pemadaman api dengan menggunakan sumber air dari jentera bomba,” katanya.
AdvertisementPasukannya turut dibantu lima anggota BBP Kunak (Balai Bantuan) dan lapan anggota Bomba Komuniti Kg Titingan.
Jemishin berkata, operasi terkawal pada jam 3.24 petang sebelum ditamatkan pada jam 4.06 petang.
AdvertisementTiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.
Sejam sebelum itu, dua rumah separuh kekal musnah terbakar di Lorong 8A Mawar, Kg Budaya Pasir Putih Baru sekitar jam 12.30 tengah hari Sabtu.
Jemishin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.33 tengah hari menerusi MERS999.
Menurutnya, sepasukan 15 pegawai dan anggota bersama empat jentera dikerah ke lokasi sejauh sembilan kilometer (km) itu, dan tiba jam 12.44 tengah hari.
“Kebakaran membabitkan dua rumah berkeluasan 30 x 60 kaki yang masing-masing terbakar 80 peratus dan 100 peratus.
“Operasi pemadaman menggunakan dua aliran menerusi sumber air dari jentera. Pasukan mengawal api kebakaran daripada terus merebak pada jam 1.05 petang,” katanya.
Jemishin berkata, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa, manakala, punca kejadian dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.
Semasa kejadian, penduduk kampung dilihat bekerjasama membantu pemilik rumah berhampiran mengangkat keluar harta benda berharga ke tempat selamat.

