Empat Mangsa Terkorban Dalam Kemalangan Di Jalan Stutong Kuching

15 Jan 2025 • 11:14 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Empat mangsa terkorban dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah kereta dan dua buah motosikal di Jalan Stutong menghala ke Jalan Lapangan Terbang Kuching, pada kira-kira 12.40 tengah hari tadi.

Empat mangsa terkorban…

image is not available

Foto: Sarawak Edition

Menurut laporan BERNAMA Radio, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak dalam satu kenyataan berkata mangsa yang terkorban terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang masih belum dikenal pasti.

image is not available

Foto: Sarawak Edition

“Pusat gerakan telah menerima panggilan daripada pihak hospital untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, bomba telah menggunakan peralatan Road Traffic Accident (RTA) untuk mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di kenderaan Proton Saga.

“Keseluruhan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu adalah sembilan orang, di mana tiga lelaki dan seorang wanita telah disahkan meninggal, dua mangsa masing-masing lelaki dan wanita cedera parah, serta tiga lagi mangsa lelaki mengalami cedera ringan,” jelas kenyataan tersebut.

image is not available

Foto: Sarawak Edition

Pihak JPBM memaklumkan bahawa mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa yang kritikal dan mengalami cedera ringan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” kata kenyataan itu sambil menambah operasi menyelamat telah tamat sepenuhnya pada pukul 4.03 petang.