
Empat Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 1 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, empat negeri terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah diramal hujan.
“Di Kelantan, daerah yang diramal hujan hanya Gua Musang. Manakala di Terengganu pula di Hulu Terengganu.
“Selain itu, di Pahang, hanya daerah Jerantut diramal hujan. Beralih ke Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0LDAekM1AgmDtApgim3e27pUK3LZy2fNK2mz4eCpK2MBVqpPHFbAJV4K3gHJ97wkil
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post Empat Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.

