Empat remaja bawah umur ditahan halang tugas polis

21 Nov 2026 • 5:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Empat remaja bawah umur ditahan halang tugas polis

IPOH: Empat remaja bawah umur termasuk seorang remaja perempuan ditahan kerana disyaki menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas di KM 286.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Simpang Pulai, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah DSP Mohd Fadzil Ismail berkata sepasukan anggota yang menjalankan tugas rondaan menerima maklumat daripada pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada 4.20 petang semalam, bagi membantu anggota Balai Polis Ringlet mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Cherry dinaiki beberapa individu warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kes melarikan orang.

Beliau berkata susulan maklumat tersebut, anggota polis telah bergerak ke kawasan Batu 3, Jalan Pahang, di Tapah bagi menjalankan pemantauan dan kenderaan terbabit berjaya dikesan kira-kira 5.30 petang,  

“Anggota polis telah mengarahkan pemandu kenderaan tersebut berhenti untuk pemeriksaan, namun pemandu kenderaan gagal mematuhi arahan sebaliknya memecut laju sehingga hampir melanggar anggota polis yang bertugas.

“Anggota polis kemudian telah mengejar kenderaan tersebut sehingga ke kawasan Plaza Tol Tapah. Dalam usaha memintas kenderaan suspek, kenderaan polis telah dilanggar pada bahagian bumper oleh kenderaan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fadzil berkata usaha mengejar diteruskan dengan bantuan sebuah lagi kenderaan polis dari IPD Ipoh sebelum kenderaan suspek berjaya ditahan di Simpang Pulai.

Beliau berkata keempat-empat suspek ditahan dan kenderaan yang digunakan mereka turut dirampas bagi siasatan lanjut

“Siasatan awal mendapati kesemua yang ditahan merupakan remaja belasan tahun dan hasil ujian saringan air kencing mereka negatif dadah selain tidak mempunyai rekod lampau.

“Tiga remaja lelaki yang ditahan direman empat hari bermula hari ini, manakala remaja perempuan diberi jaminan polis memandangkan terlibat dengan kes yang sedang disiasat di Jitra, Kedah,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 279 dan Seksyen 353 kanun yang sama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved