Pengarah NGO disiasat kes pecah amanah

20 Nov 2026 • 3:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pengarah NGO disiasat kes pecah amanah

KANGAR: Polis menahan seorang pengarah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menjalankan siasatan membabitkan kes pecah amanah.

Ketua Polis negeri, Deputi Komisioner Polis Hamzah Hashim berkata, lelaki itu ditahan di pintu ketibaan domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) sekitar pukul 11.05 pagi, sebentar tadi.

Menurut beliau, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan dengan sebatan serta denda,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, tular satu hantaran di media sosial mendakwa pengarah pertubuhan itu melakukan penipuan berkaitan program keagamaan dan mengutip bayaran daripada orang ramai berjumlah RM240,000.

Difahamkan, Jabatan Mufti negeri juga telah membuat laporan polis membabitkan individu berkenaan yang didakwa telah melakukan tindakan pecah amanah tersebut.

Hamzah berkata, polis menegaskan tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk perlakuan jenayah pecah amanah melibatkan penyalahgunaan kedudukan, kuasa dan kepercayaan termasuk individu yang memegang jawatan sebagai Pengarah NGO.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang tanpa mengira kedudukan atau status individu berkenaan,” katanya.-UTUSAN

The post Pengarah NGO disiasat kes pecah amanah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved