Empat remaja ditahan, disyaki terlibat kes gogol berkumpulan, sebar video lucah

LocalPolitics
16 Oct 2025 • 6:28 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

BALING – Polis menahan empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini kerana disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah sejak Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, kes itu terbongkar selepas seorang lelaki berusia 53 tahun membuat laporan polis kira-kira pukul 8 malam Ahad lalu, berhubung penularan rakaman video anak perempuannya yang berusia 15 tahun dalam keadaan berbogel di media sosial.

“Pengadu dimaklumkan mengenai video tersebut oleh seorang guru disiplin kira-kira pukul 11 pagi, hari sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan laporan itu, polis menahan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sekolah berkenaan berusia antara 15 hingga 17 tahun sekitar pukul 9.30 malam, hari sama, bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati keempat-empat suspek disyaki terlibat dalam aktiviti seks termasuk secara berkumpulan antara Mei hingga Ogos lalu. Kejadian dipercayai berlaku di beberapa lokasi termasuk di dalam kelas sekolah,” jelasnya.

Ahmad Salimi berkata, semua suspek direman selama lima hari bermula tarikh tangkapan bagi membantu siasatan, manakala enam telefon bimbit turut dirampas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan Seksyen berkaitan pornografi kanak-kanak,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved