Empat tahun diburu CPIB, lelaki Singapura akhirnya diberkas di Johor

24 Nov 2026 • 9:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat tahun diburu CPIB, lelaki Singapura akhirnya diberkas di Johor
Seorang lelaki yang menjadi buruan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Singapura sejak empar tahun lalu berjaya diberkas di Johor.
Image from: Empat tahun diburu CPIB, lelaki Singapura akhirnya diberkas di Johor
Siasatan awal mendapati suspek disyaki terbabit dalam kes rasuah di Singapura selain memasuki Malaysia secara haram.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Singapura yang diburu Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) negara itu selama empat tahun akhirnya ditahan di Johor sebelum diserahkan kepada agensi berkenaan pada Isnin.

Suspek berusia lingkungan 30-an yang bekerja sendiri itu ditahan kira-kira jam 7 malam pada 22 November lalu menerusi operasi bersepadu di sekitar Johor.

**media[3720431]**

Operasi berkenaan dijalankan Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama SPRM Johor dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, suspek berjaya diserahkan kepada CPIB menerusi kerjasama rentas agensi antarabangsa dan Cawangan Bantuan Bersama Siasatan Luar Negara (FOMIA) SPRM.

Menurutnya, penyerahan itu dilakukan pada Isnin di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki terbabit dalam kes rasuah di Singapura selain memasuki Malaysia secara haram.

"Suspek turut dipercayai memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa Malaysia sebagai balasan supaya tindakan undang-undang tidak diambil terhadapnya atas kesalahan tinggal di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah," menurut kenyataan itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan dan penyerahan suspek ketika dihubungi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved