Pengarah NGO direman empat hari, disyaki seleweng dana RM85,468

21 Nov 2026 • 1:37 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Pengarah NGO direman empat hari, disyaki seleweng dana RM85,468

KUALA LUMPUR - Seorang pengarah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pecah amanah membabitkan wang pertubuhan berjumlah RM85,468.

Ketua Polis Perlis, Hamzah Hashim berkata, perintah reman terhadap lelaki berusia 31 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Rashidah Azmi.

Terdahulu, Hamzah mengesahkan suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di pintu ketibaan domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada jam 11.05 pagi semalam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati dana milik NGO yang beralamat di Perlis itu dipercayai dipindahkan menerusi 32 transaksi ke akaun peribadi suspek antara 2 Mac hingga 20 Julai lalu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. - 21 November, 2026

The post Pengarah NGO direman empat hari, disyaki seleweng dana RM85,468 appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved