“Empat Tahun Tak Bayar Royalti” – Tuju Dedah Segalanya, Masih Tunggu Jawapan K-Clique

EntertainmentMusic
16 Nov 2026 • 11:12 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • Tuju mendakwa royalti hasil lagu K-Clique masih belum dibayar selama empat tahun.
  • Dia masih belum menerima sebarang maklum balas daripada bekas rakan sekumpulan meskipun isu tuntutan hak itu sudah dibangkitkan.
  • Tuju menangguhkan penghantaran Letter of Demand (LOD) bagi memberi peluang kepada mereka berbincang dan menyelesaikan perkara secara baik.
  • Tuju menegaskan tidak berniat bermusuh dengan bekas rakan kumpulan, sebaliknya mahu menuntut hak hasil titik peluhnya demi masa depan isteri dan anak-anak.

Bekas anggota kumpulan rap K-Clique, Tuju mendedahkan masih belum menerima sebarang maklum balas daripada bekas rakan sekumpulannya itu meskipun sudah memberi bayangan bakal menghantar notis tuntutan atau Letter of Demand (LOD).

Menerusi perkongsian di klip video Sembang Ohhyeahh, Tuju atau nama sebenarnya Mohd Azree Shah Awang Zamree, 30, menegaskan tindakan tersebut dibuat kerana dia mahu memperjuangkan hak hasil titik peluhnya selama ini.

Tuju dakwa hak royalti empat tahun masih belum dibayar

Menurut Tuju, dia melihat bekas kumpulannya masih aktif menyanyikan lagu yang turut melibatkan hasil usahanya sebelum ini.

Justeru, dia mempersoalkan mengapa dirinya tidak boleh bersuara untuk menuntut hak yang sepatutnya menjadi miliknya.

Saya lihat mereka masih menyanyi. Itu antara titik peluh saya. Takkanlah saya tidak boleh bersuara untuk titik peluh dan hak saya.Itu adalah waris untuk anak-anak dan isteri saya kalau saya sudah meninggal.

Bagaimanapun, Tuju mengambil keputusan untuk menangguhkan tindakan undang-undang tersebut bagi memberi ruang kepada bekas rakan sekumpulannya untuk berbincang.

Bukan ingin menyakiti hati orang lain. Tetapi di mana kematangan kita sebagai seorang manusia di fasa umur 30 tahun?Itu sebab kenapa saya menangguhkan LOD, kerana semuanya terletak pada mereka. Keputusan hantar LOD ni semuanya datang dari mereka sendiri, bukan dari saya.

Kecewa tiada sebarang maklum balas

Tuju

Dalam masa sama, Tuju mengakui kesal apabila mendakwa masih belum menerima sebarang respons meskipun sudah menyuarakan isu berkenaan menerusi media sosial.

Malah, dia turut mendakwa tiada sebarang perbincangan dapat dilakukan kerana pihak terbabit tidak memberikan maklum balas terhadap usaha menghubunginya.

Kau pernah bayar aku dulu setiap tahun. Tiba-tiba empat tahun ini aku senyap, kamu pun senyap, tidak mahu bayar.

Tambahnya, tindakan menghantar LOD boleh dilakukan pada bila-bila masa, namun dia masih mahu melihat sama ada bekas rakan sekumpulannya itu akan mengambil inisiatif untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Sebab itu saya bersuara di Threads. Selepas saya bersuara di Threads, masih tiada maklum balas dari mereka.Saya tangguh lagi LOD, sebab mahu tengok sejauh mana perangai manusia ini. LOD ni bila-bila masa saja, esok pun boleh jadi.

Walaupun isu tersebut masih belum menemui jalan penyelesaian, Tuju menegaskan dia sebenarnya tidak mempunyai niat untuk menyakiti hati sesiapa, apatah lagi bekas rakan sekumpulannya yang pernah menjadi sahabat sendiri.

Saya tidak ada niat untuk menyakiti orang ataupun kumpulan itu sendiri.

Untuk rekod, spekulasi mengenai tindakan Tuju meninggalkan K-Clique mula timbul pada penghujung 2022, namun ketika itu dia memilih untuk tidak memberikan penjelasan lanjut.

Hampir dua tahun kemudian, Tuju akhirnya mendedahkan keputusan untuk bergerak solo dibuat atas kehendaknya sendiri. Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan punca sebenar meninggalkan kumpulan tersebut.

Selain Tuju, K-Clique turut dianggotai MK, Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

The post “Empat Tahun Tak Bayar Royalti” – Tuju Dedah Segalanya, Masih Tunggu Jawapan K-Clique appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved