Empat tamu desa baharu perkukuh konomi luar bandar

LocalBusiness & Finance
13 Jul 2026 • 4:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Empat tamu desa baharu perkukuh konomi luar bandar

NABAWAN: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Datuk Ewon Benedick menyatakan pembinaan empat premis tamu desa baharu di daerah ini merupakan antara usaha kerajaan menyediakan kemudahan lebih selesa buat peniaga dan pengunjung sekali gus memperkukuh ekonomi luar bandar.

Beliau berkata keempat-empat premis berkenaan dibina dengan peruntukan keseluruhan RM600,000 masing-masing di Kampung Bahagia, Kampung Sinsingon, Kampung Kapulutan serta Kampung Murni dan kini dimanfaatkan peniaga serta komuniti setempat.

“Kesemua tamu desa ini dibina menerusi peruntukan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) di bawah inisiatif Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara yang diperkenalkan ketika saya menerajui kementerian itu.

“Saya berharap kemudahan yang lebih selesa ini dapat memberi manfaat kepada komuniti usahawan tamu mahupun pengunjung,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan empat premis Tamu Desa Nabawan pada Ahad.

Ewon berkata beliau yang kini menerajui Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (Mindet) Sabah akan terus merencana pelbagai inisiatif baharu bagi memperkukuh pembangunan keusahawanan di negeri ini selaras dengan Wawasan dan Agenda Sabah First.

“Saya akan terus memberi perhatian kepada keperluan sektor keusahawanan bagi memastikan lebih banyak peluang ekonomi dapat diwujudkan khususnya di kawasan luar bandar,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved