Empat tan minyak masak tak sempat diseludup ke Thailand

16 Oct 2026 • 12:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat tan minyak masak tak sempat diseludup ke Thailand

KOTA BHARU – Cubaan sindiket untuk menyeludup lebih empat tan minyak masak bersubsidi menggunakan lima buah kenderaan ke negara jiran gagal selepas pihak berkuasa menyerbu kawasan Kampung Kubang Chetok, Pasir Mas malam tadi.

Dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, kelima-lima pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi Pajero, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser, trak pikap Nissan Navara dan van Toyota Hiace bagaimanapun melarikan diri.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, siasatan mendapati lima kenderaan itu digunakan untuk membawa 4,127 kilogram minyak masak peket dan botol bernilai lebih RM11,053 ke Thailand.

Katanya, minyak masak yang dirampas terdiri daripada peket pelbagai jenama dan minyak masak dalam botol lima kilogram.

“Siasatan awal mendapati, sindiket itu dipercayai mendapat bekalan minyak masak daripada pemborong dan pembekal di negeri ini sebelum mengumpul di lokasi yang terletak berhampiran sempadan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat KPDN Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata, kegiatan tersebut dipercayai aktif sejak dua bulan lalu.

Jelasnya, KPDN Kelantan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti kemungkinan berlaku penyelewengan barang kawalan bersubsidi bagi tujuan yang menyalahi undang-undang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

The post Empat tan minyak masak tak sempat diseludup ke Thailand appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved