Empat termasuk bayi maut, kereta dinaiki dihempap treler terbalik

14 Jun 2026 • 7:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat termasuk bayi maut, kereta dinaiki dihempap treler terbalik
Empat termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dinaiki dihempap treler membawa muatan habuk kayu yang terbalik di KM43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Karak, Bentong pada Ahad. Gambar kecil: Dari kiri, A Halim, Rozita dan Norbahyah.
Image from: Empat termasuk bayi maut, kereta dinaiki dihempap treler terbalik
Anggota bomba mengeluarkan salah seorang mangsa yang maut sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Image from: Empat termasuk bayi maut, kereta dinaiki dihempap treler terbalik
Anggota bomba dari BBP Bentong bertungkus-lumus membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta di bawah treler yang terbalik. Foto JBPM Pahang
Image from: Empat termasuk bayi maut, kereta dinaiki dihempap treler terbalik
Mangsa yang maut dikenali sebagai A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26 dan Nayla Afya Aizat,1.
Image from: Empat termasuk bayi maut, kereta dinaiki dihempap treler terbalik
Semua mangsa yang tersepit dalam kereta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Image from: Empat termasuk bayi maut, kereta dinaiki dihempap treler terbalik
Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.35 petang.

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Empat termasuk seorang bayi perempuan maut selepas kereta dinaiki dihempap treler membawa muatan habuk kayu yang terbalik di KM43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Karak, Bentong pada Ahad.

Mangsa yang maut dikenali sebagai A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26 dan Nayla Afya Aizat, setahun.

**media[3551150]**

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pemandu lori treler berusia 40 tahun cedera.

**media[3551088]**

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.35 petang.

"Susulan maklumat diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong ke lokasi kejadian kira-kira 28 kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.

**media[3551143]**

"Anggota bersama jentera yang tiba di lokasi jam 5.15 petang bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta jenis Honda City menggunakan peralatan menyelamat khas," katanya.

Beliau berkata, semua mangsa yang tersepit dalam kereta berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan manakala pemandu treler berbangsa india hanya mengalami kecederaan.

**media[3551089]**

"Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dibantu Pasukan Bomba Sularela (PBS) Elektriksolar Janda Baik.

"Sebuah jentera berat milik syarikat konsesi lebuh raya digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit," ujarnya.

**media[3551145]**

Mohd Salahuddin berkata, semua mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.