
GERIK: Empat orang termasuk seorang bayi perempuan maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) arah Kelantan ke Gerik, di sini hari ini.
Mangsa yang maut terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita dewasa serta seorang bayi perempuan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd. Rais Mahmud berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 12.56 tengah hari.
“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori dengan dua buah kereta.
“Empat mangsa yang menaiki kereta Perodua Axia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, mayat kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera dirujuk ke hospital untuk rawatan. – UTUSAN
The post Empat termasuk bayi perempuan maut nahas di JRTB appeared first on Utusan Malaysia.





