Motosikal terbabas, lelaki warga emas maut

4 Oct 2026 • 10:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Motosikal terbabas, lelaki warga emas maut

TAIPING: Seorang lelaki warga emas maut manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dan hampir memasuki longkang di hadapan sebuah rumah di Kampung Boyan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.41 tengah hari itu, mangsa lelaki berusia 76 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala wanita berusia 69 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.41 tengah hari sebelum lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping digerakkan ke lokasi.

“Jentera tiba pada pukul 12.47 tengah hari dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego yang dinaiki dua mangsa telah terbabas serta hampir memasuki longkang di hadapan sebuah rumah.

“Seorang lelaki berusia 76 tahun didapati tidak sedarkan diri manakala seorang wanita berusia 69 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sabarodzi, anggota bomba bertindak mengangkat mangsa lelaki yang hampir terjatuh ke dalam longkang sebelum pemeriksaan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi.

Katanya, mangsa wanita diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM, manakala mayat mangsa lelaki warga emas diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

The post Motosikal terbabas, lelaki warga emas maut appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved