Pelajar TVET maut, Proton Saga langgar lari

4 Oct 2026 • 10:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar TVET maut, Proton Saga langgar lari

SEREMBAN – Seorang pelajar Kolej Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Sebang maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai dilanggar sebuah Proton Saga dalam kejadian langgar lari di Kilometer 9.7 Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah utara, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, mangsa, seorang lelaki Melayu, dikatakan dalam perjalanan dari Port Dickson menghala ke Melaka.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata siasatan awal mendapati mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha di lorong kiri sebelum dilanggar dari belakang oleh sebuah Proton Saga berwarna coklat.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke dalam longkang di sebelah kiri lebuh raya sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu kereta terbabit kemudian meninggalkan lokasi dan usaha mengesannya masih dijalankan,” katanya kepada pemberita.-KOSMO! ONLINE

The post Pelajar TVET maut, Proton Saga langgar lari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved