Empat wanita antara 19 individu diberkas akibat merusuh

2 Jul 2022 • 5:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PETALING JAYA - Empat wanita antara 19 individu diberkas dipercayai terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata di kawasan Ara Damansara di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada orang awam kira-kira jam 9 pagi

"Laporan diterima melibatkan satu kejadian rusuhan oleh sekumpulan individu bersenjatakan kayu.

"Seramai 19 individu terdiri daripada 15 lelaki dan empat wanita berumur antara 15 hingga 27 tahun diberkas untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, polis turut merampas sebatang kayu besbol dipercayai digunakan ketika kejadian.

"Semakan rekod mendapati dua daripada 19 individu yang diberkas mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kesemua suspek yang ditahan direman empat hari untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved