Merusuh Rebut Teman Wanita, 19 Ditahan

2 Jul 2022 • 6:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

PETALING JAYA - Seramai 19 individu ditahan selepas disyaki terbabit dalam rusuhan bersenjatakan kayu di kawasan Ara Damansara, di sini, semalam, yang dipercayai berpunca daripada perebutan teman wanita.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung rusuhan itu kira-kira jam 9 pagi daripada seorang lelaki.

image is not available
Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Menurut beliau, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ditugaskan ke lokasi kejadian dan menahan 15 lelaki serta empat wanita berusia 15 hingga 27 tahun.

"Siasatan awal mendapati, rusuhan atau pergaduhan itu berlaku disebabkan perebutan teman wanita.

"Dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas sebatang kayu besbol disyaki digunakan seorang daripada suspek semasa kejadian yang menyebabkan kecederaan ke atas dua mangsa,” katanya hari ini.

Beliau berkata, semakan rekod jenayah lampau terhadap 19 suspek mendapati dua daripada mereka mempunyai dua rekod jenayah lampau. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut," katanya. - Getaran, 2 Julai 2022


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved