Enam Ahli Parlimen Bersatu meterai CSA tidak langgar perlembagaan parti, ikut aturan : Tun Faisal

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 10:45 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Enam Ahli Parlimen Bersatu meterai CSA tidak langgar perlembagaan parti, ikut aturan : Tun Faisal

KUALA LUMPUR - Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menandatangani Perjanjian Kepercayaan dan Sokongan (CSA) tidak melanggar Perlembagaan dan Kod Etika serta Tatakelakuan ahli parti berkenaan kerana mereka bertindak mengikut aturan, kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Sambil membidas kenyataan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee, Tun Faisal berkata Naib Presiden Bersatu yang digantung keahliannya itu tidak memahami Perlembagaan parti berkenaan.

“Jika dia faham, sepatutnya dia tidak membandingkan tindakan terhadap enam Ahli Parlimen Bersatu kerana melanggar Perkara 10.4 Perlembagaan parti dengan tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menandatangani CSA dengan Kerajaan Pusat selepas mendapat keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Konteksnya langsung tidak sama.

“Akibat tindakan tidak mematuhi arahan bertulis daripada parti, enam Ahli Parlimen Bersatu sebelum ini telah melanggar Perkara 10.4 Perlembagaan dan atas sebab itu keahlian mereka terhenti dengan sendirinya,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pada Khamis, kerajaan memuktamadkan perjanjian CSA bersama enam ahli Parlimen Bersatu yang diketuai Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, enam bekas ahli Parlimen parti itu yang kini berstatus bebas, serta Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain Muhyiddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh, yang lain ialah dua Naib Presiden, iaitu Datuk Dr Radzi Jidin serta Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan dua Ahli Parlimen parti tersebut Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Langkawi) dan Datuk Ali Biju (Saratok).

Bagaimanapun semalam, Ronald Kiandee mempersoalkan tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menandatangani CSA meskipun parti itu sebelum ini memecat enam bekas wakil rakyatnya kerana menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut mempersoalkan adakah tindakan akan dikenakan ke atas Ahli-Ahli Parlimen berkenaan dan sama ada pemeteraian perjanjian berkenaan ada kaitan dengan persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Mengulas lanjut, Tun Faisal memberitahu, tidak timbul soal pengkhianatan berhubung CSA sebaliknya mereka yang mengkhianati parti adalah mereka yang berunding tanpa mandat dengan pemimpin parti lain.

Beliau juga mendakwa ramai penyokong Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang sebelum ini tidak memahami perlembagaan Bersatu.

“Jadi tidak pelik jika mereka bertindak melanggar perlembagaan dan disiplin parti sesuka hati sehingga dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Bersatu,’’ katanya. - 31 Oktober, 2026

The post Enam Ahli Parlimen Bersatu meterai CSA tidak langgar perlembagaan parti, ikut aturan : Tun Faisal appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved