CSA bukti keterbukaan kerajaan! Kepentingan rakyat atasi perbezaan politik – Yuneswaran

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 9:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kesediaan parti pembangkang untuk memeterai Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) dengan Kerajaan Persekutuan membuktikan keterbukaan Kerajaan Madani dalam menjalin kerjasama politik demi kepentingan rakyat.

Ahli Parlimen Segamat, R. Yuneswaran berkata, tawaran CSA bukan perkara baharu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah membuka ruang kerjasama kepada pembangkang sejak awal pentadbirannya.

Bagaimanapun, selepas hampir empat tahun, hanya kini sebuah parti pembangkang iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan kesediaan untuk memeterai perjanjian berkenaan.

“Perkembangan itu perlu dilihat dalam konteks kepentingan rakyat, kestabilan politik dan kelangsungan pentadbiran negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

No photo description available.

Menurut Yuneswaran, kestabilan politik penting bagi memastikan dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan, terutama ketika negara berdepan cabaran ekonomi dan keperluan pembangunan.

Justeru, tumpuan kini perlu diberikan kepada usaha memperkukuh ekonomi, menarik pelaburan, membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Yuneswaran jawab KJ: Perlembagaan, bukan parti politik lindungi hak Melayu  | Malaysiakini

“Perbezaan politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kerjasama dalam perkara yang membawa manfaat kepada negara dan rakyat.
“Rakyat tidak menilai pemimpin berdasarkan sejauh mana mereka berpolitik, sebaliknya berdasarkan keupayaan menyelesaikan masalah rakyat dan membawa negara ke arah masa depan lebih baik.
“Tanggungjawab mentadbir negara serta memenuhi harapan rakyat perlu sentiasa menjadi keutamaan, bukannya terus terperangkap dalam polemik dan persaingan politik,” katanya lagi.

Sumber: Utusan Online (Fatin Norizati Mat Isa)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved