Enam atlet pekak cipta sejarah, bawa cabaran Malaysia ke Winter Deaflympics 2027

24 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Enam atlet pekak cipta sejarah, bawa cabaran Malaysia ke Winter Deaflympics 2027

Malaysia bakal melakar sejarah baharu dalam arena sukan antarabangsa apabila buat kali pertama menghantar enam atlet pekak negara untuk beraksi pada temasya Winter Deaflympics 2027 di Innsbruck–Seefeld, Tirol, Austria dari 15 hingga 24 Januari 2027.

Lebih membanggakan, penampilan sulung itu menyaksikan Malaysia membuka lembaran baharu dalam penyertaan temasya sukan musim sejuk khusus untuk atlet pekak menerusi acara catur, sekali gus memperluaskan penyertaan negara dalam arena sukan pekak di peringkat dunia.

Enam atlet yang bakal membawa cabaran Malaysia ialah Leong Ee Hern, Loo Pin Xie, Ezwany Osman, Goh Sheng Wei, Yoshni Ramakrishnan dan Ainnur Asyikin Jupineh yang akan bersaing dalam acara catur pada temasya berkenaan.

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Dr. Ong Shin Ruenn, menyifatkan peluang bersejarah itu sebagai satu pencapaian penting dalam usaha mengangkat martabat atlet pekak negara serta membuktikan kemampuan mereka untuk bersaing di pentas antarabangsa.

Katanya, penyertaan tersebut bukan sekadar membawa enam atlet ke Austria, sebaliknya menjadi simbol kemajuan sukan orang pekak Malaysia yang terus berkembang dan berani meneroka peluang baharu dalam arena sukan dunia.

"Kami amat berbangga kerana Malaysia akhirnya berpeluang membuat penampilan sulung di Winter Deaflympics. Ini satu pencapaian yang cukup bermakna buat MSDeaf dan seluruh komuniti sukan pekak negara.

"Kami mahu membuktikan bahawa atlet pekak juga mempunyai kemampuan, bakat dan semangat untuk bersaing di peringkat tertinggi. Saya berharap peluang ini menjadi pembakar semangat kepada atlet untuk memberikan persembahan terbaik serta membawa nama Malaysia dengan penuh kebanggaan," katanya.

Menurutnya lagi, penyertaan itu juga diharapkan mampu membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada golongan pekak, khususnya generasi muda, untuk menceburi sukan secara kompetitif tanpa menjadikan kekurangan pendengaran sebagai penghalang mencapai impian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved