Enam Beranak Dilaporkan Hilang Dijumpai Di Bentong

2 Apr 2026 • 4:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Enam Beranak Dilaporkan Hilang Dijumpai Di Bentong

KUANTAN, 2 April (Bernama) -- Seorang wanita bersama lima anaknya yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak 30 Mac lepas telah ditemukan, selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata kesemua individu terbabit hadir ke IPD Bentong kira-kira 9.30 malam, dalam keadaan selamat.

“Siasatan awal mendapati tindakan keluar dari rumah itu disebabkan masalah perselisihan faham keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:

Zaiham turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak khususnya penduduk di Bentong atas kerjasama serta maklumat yang diberikan hingga kes berkenaan berjaya diselesaikan.

Semalam, media melaporkan enam sekeluarga didakwa hilang selepas dipercayai keluar dari rumah mereka di Taman Orkid, Bentong sejak Isnin lepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved