Enam Sekeluarga Dilaporkan Hilang Ditemui Selamat

2 Apr 2026 • 4:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Enam sekeluarga yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari kediaman mereka di Taman Orkid, Bentong sejak Isnin lalu akhirnya ditemui dalam keadaan selamat pada Rabu.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita dikenali sebagai M Rekha, 41, bersama lima anaknya iaitu Ruban, 19; S Sharivina Nair, 17; S Shasini Nair, 16; S Pritivi Nair, 14; dan S Lashwin Nair, 4, ditemui berada di sekitar daerah Bentong.

image is not available

Beliau memaklumkan kesemua mereka kemudiannya tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong kira-kira jam 9.30 malam pada hari sama.

“Hasil siasatan awal, wanita terbabit bersama anak-anaknya bertindak keluar rumah tanpa memaklumkan kepada suami (pengadu) dipercayai berpunca perselisihan faham,” katanya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak, khususnya penduduk di Bentong, atas kerjasama yang diberikan sehingga enam sekeluarga berkenaan berjaya dikesan dan ditemui dalam keadaan selamat.

image is not available

Foto: Utusan

Sebelum ini, polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan mereka selepas dilaporkan hilang dipercayai keluar dari rumah di Taman Orkid sejak Isnin lalu.

Laporan kehilangan itu dibuat oleh seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga suami kepada wanita terbabit serta bapa kepada lima kanak-kanak tersebut pada jam 7.34 malam.

Sumber: Sinar Harian (Nik Amirulmumin Nik Min)

The post Enam Sekeluarga Dilaporkan Hilang Ditemui Selamat appeared first on Borak Daily.