Enam hari bebas jerebu, Lembah Klang kembali tercemar

LocalEnvironment
29 Sep 2026 • 11:38 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Enam hari bebas jerebu, Lembah Klang kembali tercemar

PETALING JAYA: Lembah Klang kembali ‘diselubungi’ jerebu apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan melonjak ke paras tidak sihat pagi ini selepas kira-kira enam hari mencatatkan kualiti udara lebih baik.

Berdasarkan kemas kini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), sebanyak 31 kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat dengan kadar tertinggi direkodkan di stesen IPD Serian iaitu 175, setakat jam 10 pagi ini.

Selain IPD Serian, kawasan terjejas di Sarawak adalah melibatkan Samarahan (160), Kuching (159) dan Sri Aman (142).

Di Semenanjung, antara negeri terjejas akibat jerebu adalah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang dan Perak.

Di Johor, bacaan IPU tertinggi dicatatkan di Pasir Gudang iaitu 171, Larkin (170), Batu Pahat (163), Pengerang (161), Kota Tinggi (161), Tangkak (161), Segamat (155) dan Kluang (153).

Melaka pula kawasan terjejas melibatkan Bandaraya Melaka yang mencatatkan 167, Bukit Rambai (164) dan Alor Gajah (156).

Turut terjejas di Negeri Sembilan melibatkan Nilai yang mencatatkan bacaan 165, Port Dickson (158) dan Seremban (156).

Di Selangor pula kawasan terjejas akibat jerebu melibatkan Johan Setia (164), Shah Alam (159), Klang (156), Banting (153) dan Petaling Jaya (149) manakala di Kuala Lumpur iaitu dekat Cheras (161), Batu Muda (123) serta Putrajaya (156).

Seri Manjung di Perak juga turut dilaporkan terjejas dengan kadar IPU pada bacaan 151 manakala di Pahang melibatkan Indera Mahkota (135) dan Balok Baru (121). – UTUSAN 

 

 

The post Enam hari bebas jerebu, Lembah Klang kembali tercemar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved