Enam ikon budaya warnai sambutan Hari Sabah 2026

2 Sep 2026 • 5:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Enam ikon budaya warnai sambutan Hari Sabah 2026

Kota Kinabalu: Enam ikon budaya yang dipersembahkan sempena sambutan Hari Sabah 2026 menyerlahkan keunikan budaya negeri ini.

Ikon-ikon budaya iaitu Sigar Penampang, Usunan Bajau Samah, Gunung Kinabalu, Menara Kinabalu, Taming dan Kapal itu dipersembahkan semasa perarakan sempena sambutan tersebut yang diadakan di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephen pada Isnin.

Selain ikon budaya, perarakan turut menampilkan 40 atlet yang telah mengharumkan nama Sabah dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-22 di Selangor baru-baru ini dengan mengutip sebanyak 30 pingat emas, 27 perak dan 36 gangsa.

Bermula pada jam 8.00 malam sambutan dimulakan dengan lafaz pemasyhuran oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman diikuti upacara menaikkan bendera Sabah.

Sambutan terbabit diserikan dengan kehadiran isteri Tun Musa, Toh Puan Faridah Tussin dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri Datin Seri Juliah Salag.

Dalam sambutan tersebut turut dipersembahkan lagu ciptaan khas sempena sambutan Hari Sabah diilhamkan Timbalan Menteri II Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan bertajuk “Tanah Airku”.

Sambutan itu juga turut menampilkan artis-artis tempatan seperti Elica Paujin, Rosario Bianis, Dabra Sia, Rey Kimara, Maldini Sydney, The Male-Effecient, Abby Sue, Sarma Cherry, Man Kinabalu, Erfarina dan Dr. Sharif Zainal.

Dianggarkan seramai 8,000 pengunjung hadir seawal jam 5 petang untuk turut sama menyaksikan sambutan yang penuh bersejarah untuk Sabah.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Joachim Gunsalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Kadzim M Yahya, Menteri-menteri Kabinet, pembantu-pembantu menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved