Enam kawasan Sarawak catat IPU bahaya, Serian tertinggi 408

LocalEnvironment
1 Sep 2026 • 10:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Enam kawasan Sarawak catat IPU bahaya, Serian tertinggi 408

SHAH ALAM, 1 SEPT: Kualiti udara di Sarawak terus merosot apabila enam kawasan merekodkan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya setakat jam 9.55 pagi ini, dengan IPD Serian mencatat bacaan tertinggi 408.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kuching turut merekodkan bacaan 402, diikuti Samarahan (371), Sri Aman (364), Sarikei (337) dan Sibu (315).

Tiga lagi kawasan di Sarawak berada pada tahap sangat tidak sihat iaitu Bintulu dan Mukah masing-masing mencatat IPU 237, manakala Samalaju merekodkan 230.

Sementara itu, ILP Miri mencatat bacaan 187, diikuti Miri (180), Kapit (179) dan Limbang (166), kesemuanya berada pada tahap tidak sihat.

Turut merekodkan tahap tidak sihat ialah Labuan dengan IPU 167, Kimanis (158), Keningau (156) dan Tawau (128) di Sabah.

Di Selangor, Johan Setia menjadi satu-satunya kawasan yang mencatat kualiti udara tidak sihat dengan bacaan IPU 140.

Stesen lain di negeri itu masih pada tahap sederhana iaitu Shah Alam dan Klang masing-masing 74, Kuala Selangor dan Banting (70), serta Petaling Jaya (64).

Secara keseluruhan, APIMS merekodkan bacaan daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara setakat jam 9.55 pagi.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved